Rabu, 2 Mei 2012

Minat Kamera.

Peringkat awal mizz berjinak-jinak dengan kemera, mizz hanya pilih kemera kompak sahaja. Tidak berapa gemar dengan kamera yang besar (DSLR), pada mizz DSLR susah untuk dibawa kemana-mana. Kamera kompak mudah dibawa, simpan dalam poket pun ok. Gambar kamera kompak tidak kurang juga hebatnya.

Seingat mizz kamera kompak yang pertama dibeli adalah jenama samsung es55. Niat masa beli tu bukan untuk merakam gambar dalam majlis-majlis keramaian ataupun pengantin, tetapi hanya merakamkan gambar perlaksanaan projek sahaja. Almaklumlah..... Sebab itu kamera kompak menjadi pilihan.


Sejak setahun yang lepas barulah mizz menukar minat daripada kamera kompak kepada kamera DSLR. Itupun bukan kerana minat sangat, tetapi rezeki terpijak... Kata orang profesional, jika baru berjinak-jinak dengan DSLR jangan pilih kamera yang mahal-mahal, apa yang penting bajet. DSLR sudah pastinya menjanjikan gambar yang lebih berkualiti dan terbaik tetapi harus pandai menggunakanya dengan baik. Mizz bukanya pro sangat... ( bersambung)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan