Selasa, 1 Mei 2012

Langkah Permulaan!..

Tiada langkah permulaan pastinya tiada langkah terakhir.. begitu juga keujudan blog ini. Miskipun telah banyak blog yang diujudkan sebelum ini namun blog ini ada kelainan sedikit.


Blog ini akan memaparkan gambar-gambar yang telah dirakamkan untuk dijadikan koleksi peribadi semata-mata. Kerana ingin menjadikan gambar sebagai sesuatu yang positif dalam sisa-sisa kehidupan ini. Yang akhirnya dapat juga dikongsikan gambar-gambar yang dirakamkan untuk tatapan rakan-rakan semuanya.


Penulis bukannya sangat berkemahiran dalam mengendalikan kamera, budak baru belajar dan tidak seperti photographer yang hebat di luar sana. Oleh kerana minat pada kemera dan simpanan gambar-gambar banyak di dalam pc, maka langkah terbaik penulis muatkan di dalam blog. Setidak-tidaknya boleh dijadikan satu koleksi kenangan dan menjadi tatapan kepada semua.


Moga ada sinar kebahagian di penghujungnya nanti.. minat dan hobi yang ada tidak disia-siakan begitu sahaja. Moga anugerah yang diberikan Allah tidak terhendi setakat ini..


Sudi-sudilah singgah di blog ini..
Salam dari Mizz Studio.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan