Jumaat, 4 Mei 2012

Upgrade Kamera.

Setelah beberapa tahun menggunakan kemera kompak maka mizz beralih minat untuk menggunakan kamera DSLR. Almaklumlah... minat dah mula berkembang... rezeki terpijak dah di depan mata. Pepatah mengatakan "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" tanpa fikir panjang terus sambar je Nikon D5000. Lenas 18-200 lagi... bergaya beb guna DSLR, orang tengok pun macam hebat jer...


Pakai Nikon ne tak lama.. adalah dalam 3 bulan kot. kenapa?... sebabnya pertama bila nak minta tunjuk ajar kawan-kawan, kawan-kawan semuanya guna Canon. Akhirnya tidak ada yang nak ajar menggunakan Nikon ini selain belajar sendiri dari internet dan buku panduan yang dibekalkan oleh Nikon.

Dalam masa 3 bulan banyak juga gambar yang sempat mizz rakamkan.. Seperti mizz katakan pada terbitan terdahulu, mizz bukan suka sangat untuk merakamkan gambar-gambar yang bernama manusia. Entah kenapa... mungkin sebab kita asyik ambik gambar orang, gambar kita tidak ada orang nak ambil kot.. hehehe....


Ini gambar yang mizz shoot dalam satu majlis, nk shoot pada kedudukan tengah-tengah malu teramat sangat... 1st time guna DSLR semua orang dok pandang jer... hahaha...

Gambar DSLR memang hebat dan menarik berbanding dengan kamera kompak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan