Ahad, 27 Mei 2012

Bunga 10 Pagi.

Terbitan Mizz hari ini, Mizz nak tunjukan rakaman bunga 10 pagi. Sama ada betul atau tidak namanya, mizz minta maaflah kalau salah sebab mizz dimaklumkan namanya segitulah. Sebab bunga ini akan berkembang waktu pagi sekitar jam 10.00 pagi dan akan kuncup semula menjelang petang.
f/4.5, 1/100sec, iso-100 & Focal length 55mm

f/5.6, 1/125sec, iso-125 & focal length 72mm

f/5.6, 1/200sec, iso-250 & focal length 135mm

f/6.3, 1/25sec, iso-100 & focal length 67mm

f/5.6, 1/250sec, iso-400 & focal length 135mm
Bunganya kecil tetapi mempunyai warna yang cantik... merah dan putih... Bunga ini biasanya ditanam atas tanah. Mizz rakamkan gambar bunga ini sekitar jam 11.00 pagi dihalaman rumah mizz.

Susah juga nak cari sudut yang baik untuk merakam, sebab pokoknya rendah... takkan nak berbaing kot. hehehe...

Selasa, 22 Mei 2012

Tumbuhan Dan Air.

Tumbuhan dan air tidak boleh dipisahkan. Tumbuhan jika kekurangan air akan menjadi layu dan kering.... Kesegaran tumbuhan bukan sahaja bergantung pada baja semata-mata tetapi perlu juga air yang secukupnya.

Hari ini mizz rakamkan gambar yang menpunyai ciri tersebut. hehehe..... Mizz rakamkan gambar waktu pagi sebelum mizz pergi kerja, kebetulan malam tadi hujan. Kata-kata photographer hebat mencadangkan jika mahu merakam gambar bunga seeloknya selepas waktu hujan. Sebab segala kekotorang yang ada pada bunga akan hilang... so inilah saat terbaik...
f/5, 1/60sec, iso-200 & focal length 50mm

f/5.6, 1/160sec, iso-1000 & focal length 87mm

f/5, 1/80sec, iso-800 & focal length 53mm

f/0, 1/25sec, iso 6400 & focal length 50mm

f/5.6, 1/125sec, iso-400 & focal length 113mm

f/5.6, 1/125sec, iso-400 & focal length 106mm

f/5.6, 1/125sec, iso-6400 & focal length 92mm

f/5.6, 1/125sec, iso-400 & focal length 72mm
Rakaman ini banyak difokuskan kepada titisan air yang melekat pada daun, bunga dan pokok... Bagi pengemar lensa bolehlah mencuba, buat yang lebih baik dari mizz tau....

Sabtu, 19 Mei 2012

Spesis Bunga Raya Juga.

Berikut mizz paparkan juga spesis bunga raya yang terdapat di halaman rumah mizz. Seperti mizz katakan ini adalah koleksi mizz dalam menyimpan gambar-rambar yang telah dirakamkan...
Zaman moden ne senang banyak, tak payah nak ge kedai gambar untuk cuci gambar bagi melihat hasil gambar dirakam. So kalau dah shoot gambar, tak suka kita padam nampak sangat membazir, lebih baik uploadkan dalam blog.
Tak perlu simpan banyak sangat album seperti zam dahulu... akhirnya masuk 2 tahun gambar dan berkulat.. hehehe...
f/5, 1/60. iso-250 & focal length 48mm

f/5.6, 1/125sec, iso-200 & focal length 126mm

f/5.6, 1/125sec, iso-125 & focal length 135mm

f/5.6, 1/15sec, iso-640 & focal length 35mm

f/6.3, 1/125sec, iso-800 & focal length 50mm

mizz hanya tahu namanya bunga raya sahaja nama sebenar mengikit spesis mizz tak tahu, kalau nak rujuk satu persatu tunggulah bila mizz free...

Rabu, 16 Mei 2012

Koleksi Bunga Raya.

Sejuk mata bila melihat keindahan kelopak bunga raya. patutlah bunga raya dijadikan bunga kebangsaan Malaysia. kenapa? Lima kelopak bunya raya membawa maksud lima prinsip Rukun Negara.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.






Cantikkan warna yang dihasilkan oleh Canon 60D, patutlah ramai kengkawan mencadangkan agar mizz pilih 60D jika mahu hasil yang terbaik..

Selasa, 15 Mei 2012

Upgrade Lagi.

Dalam masa 3 bulan mizz menggunakan Nikon D5000, mizz hanya tahu guna zoom untuk mengambil gambar. Seperti yang mizz katakan dalam terbitan terdahulu tak ada siapa nak ajar mengguna keseluruhan fungsian Nikon D5000. Miskupun terasa sayang nak jual D5000 lebih-lebih lagi kena pula tambah duit.

Hampir sebulan mizz dok fikirkan mana nak cari duit tambahan untuk sambar Canon 60D. Siang malam dok review 60D. Akhirnya dengan berkat doa dan mendapat restu Allah, mizz akhirnya dapat juga sambar Canon 60D. Tq friends..


Petang tu shoot pertama mizz guna 60D, mizz tembak bunga raya yang ada di perkarangan rumah mizz.. wow.. hebat hasilnya.... almaklumlah, 18MP tu... berbeza sangat dengan D5000 yang mizz guna sebelum ni.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
f5.6, 1/80sec, iso-250, focal lengrh 62mm

Seperti mizz juga Canon 60D telah menjadi kebangaan mizz sejak berjinak-jinak dengan DSLR..

Ahad, 13 Mei 2012

Nasib Burung Merbah.

Kali ini mizz nak paparkan gambar anak burung merbah yang baru seminggu menetas. Mizz tak tahu ada sarang burung merbah dalam rimbunan pokok bunga buloh depan rumah sehinggalah terlihat seekor kucing terintai-intai di situ. Bila mizz hampiri ada seekor anak burung merbah disitu yang cuba untuk dijadikan hidangan oleh kucing.. kesianya....


f/5.3, 1/40sec, iso-200, focal length 62mm





Akhirnya anak burung merbah ini mati juga di mulut si kucing yang tidak pernah belas kasihan. Mungkin daging anak burung merbah ini sedap agaknya.. hehehe.

Jumaat, 11 Mei 2012

Pepatong.

Petang-petang bila balik kerja tak de aktiviti yang nak mizz lakukan, apa lagi capai Nikonlah. Mata meliar je cari pemangsa. Hehehe... pepatung jadi bahan shoot.....

Ada yang panggil pepatung dan ada yang panggil sibur-sbur. Suka hatilah nak panggil apa janji benda yang sama. Satu yang bagusnya pepatung ne, adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk. Ooooo baik kawan bela banyak pepatung ne supa namuk tiada di rumah anda.. hehehe..

Dah macam kapalterbang nak landing.
Berepeluh jugaklah ketiak tunggu pepatung ne nak landing, bila lens nak dekat cepat dia terbang. malu agaknya gambarnya diambil.


Gambar ini pula mizz gunakan flash, just nak tengok apa perbezaanya. emm nampak jelas warna badan pepatong tu..


Ngape latarbelakang yang nampak blur. Oooo sebab mizz gunakan f/6.3, 1/160sec, iso-200 & Focal length 200mm. Sampai habis mizz zom untuk dapatkan gambar ne. punyalah payah untuk shoot pepatung ne. Kata photographer bokeh... betulke!...

Rabu, 9 Mei 2012

Koleksi Okid - Nikon D5000

Merakamkan gambar bunga menjadi satu kemestian buat mizz. Mengapa?... Tak tahulah... Agaknya disebabkan warna bunga itu yang menyebabkan mizz suka sangat untuk merakamkan gambar bunga... atau hisan bunga berada di sekeliling laman kehidupan miz kot...


Bunga okid ini dirakamkan dengan Nikon D5000, f/5.3, 1/250sec, iso-500 & Focal length 66mm.


Mizz masih lagi gunakan D5000, f/6.3, 1/250sec, iso-500 & Focal length 150mm.  emm... kumtum okid nampak lebih menyerlah warnanya..

Percubaan ke-3, kali ini mizz gunakan f/5.6, 1/15sec, iso-400 & Focal length 100mm. Orang baru belajar memang gitu agaknya, tangan masih lagi terketar-ketar.. hahaha...

Isnin, 7 Mei 2012

Koleksi Dari Kompak

Koleksi terpilih yang mizz sempat rakamkan semasa lawatan kerja ke Cameron Highland. Cameron Highland mempunyai permandanganya sangat cantik. Cuacanya cukup sejuk. Bila mengatakan perihal bunga pulak, bunganya cantik, menarik dan segar bugar..
 
 




Ini satu lagi kelemahan yang mizz miliki tidak berupaya untuk mengenali apakah nama bunga-bunga ini. hahaha.. hanya pandai shoot je.. nama belakang cerita....
Untuk kali ini mizz hanya berkesempatan untuk memapar beberpa keping gambar insyallah mizz akan paparkan lebih banyak gambar yang mizz rakamkan dengan menggunakan Nikon 5100D..
bye..bye..

Jumaat, 4 Mei 2012

Upgrade Kamera.

Setelah beberapa tahun menggunakan kemera kompak maka mizz beralih minat untuk menggunakan kamera DSLR. Almaklumlah... minat dah mula berkembang... rezeki terpijak dah di depan mata. Pepatah mengatakan "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" tanpa fikir panjang terus sambar je Nikon D5000. Lenas 18-200 lagi... bergaya beb guna DSLR, orang tengok pun macam hebat jer...


Pakai Nikon ne tak lama.. adalah dalam 3 bulan kot. kenapa?... sebabnya pertama bila nak minta tunjuk ajar kawan-kawan, kawan-kawan semuanya guna Canon. Akhirnya tidak ada yang nak ajar menggunakan Nikon ini selain belajar sendiri dari internet dan buku panduan yang dibekalkan oleh Nikon.

Dalam masa 3 bulan banyak juga gambar yang sempat mizz rakamkan.. Seperti mizz katakan pada terbitan terdahulu, mizz bukan suka sangat untuk merakamkan gambar-gambar yang bernama manusia. Entah kenapa... mungkin sebab kita asyik ambik gambar orang, gambar kita tidak ada orang nak ambil kot.. hehehe....


Ini gambar yang mizz shoot dalam satu majlis, nk shoot pada kedudukan tengah-tengah malu teramat sangat... 1st time guna DSLR semua orang dok pandang jer... hahaha...

Gambar DSLR memang hebat dan menarik berbanding dengan kamera kompak...

Khamis, 3 Mei 2012

Rakaman pertama.

Berikut adalah rakaman pertama yang mizz rakamkan selain merakamkan gambar projek. Kebetulan mizz berkesempatan mengadakan lawatan bersama keluarga ke Cameron Highand. Tidak pernah mengikuti kelas fotographer, hanyalah sekadar melayari laman fotographer pro teknik-teknik mengambil gambar.

Walaupun gambar yang dirakamkan tidak berapa cun, namun memberikan satu kenangan semasa mengadakan lawatan Cameron Highland...


Kalau fotographer pro melihat gambar ini pasti banyak yang tak kena dengan gambar ne. tapi inilah hasil kreatif mizz dalam merakamkan gambar ini.


Emm... macam serik untuk melawat semula ke Ladang Teh Boh di Cameron Highland lagi. Jalannya berliku dan sempit sekali. Menjerit mereka yang berada di dalam bas semasa perjalanan tersebut.

Rabu, 2 Mei 2012

Minat Kamera.

Peringkat awal mizz berjinak-jinak dengan kemera, mizz hanya pilih kemera kompak sahaja. Tidak berapa gemar dengan kamera yang besar (DSLR), pada mizz DSLR susah untuk dibawa kemana-mana. Kamera kompak mudah dibawa, simpan dalam poket pun ok. Gambar kamera kompak tidak kurang juga hebatnya.

Seingat mizz kamera kompak yang pertama dibeli adalah jenama samsung es55. Niat masa beli tu bukan untuk merakam gambar dalam majlis-majlis keramaian ataupun pengantin, tetapi hanya merakamkan gambar perlaksanaan projek sahaja. Almaklumlah..... Sebab itu kamera kompak menjadi pilihan.


Sejak setahun yang lepas barulah mizz menukar minat daripada kamera kompak kepada kamera DSLR. Itupun bukan kerana minat sangat, tetapi rezeki terpijak... Kata orang profesional, jika baru berjinak-jinak dengan DSLR jangan pilih kamera yang mahal-mahal, apa yang penting bajet. DSLR sudah pastinya menjanjikan gambar yang lebih berkualiti dan terbaik tetapi harus pandai menggunakanya dengan baik. Mizz bukanya pro sangat... ( bersambung)..

Selasa, 1 Mei 2012

Langkah Permulaan!..

Tiada langkah permulaan pastinya tiada langkah terakhir.. begitu juga keujudan blog ini. Miskipun telah banyak blog yang diujudkan sebelum ini namun blog ini ada kelainan sedikit.


Blog ini akan memaparkan gambar-gambar yang telah dirakamkan untuk dijadikan koleksi peribadi semata-mata. Kerana ingin menjadikan gambar sebagai sesuatu yang positif dalam sisa-sisa kehidupan ini. Yang akhirnya dapat juga dikongsikan gambar-gambar yang dirakamkan untuk tatapan rakan-rakan semuanya.


Penulis bukannya sangat berkemahiran dalam mengendalikan kamera, budak baru belajar dan tidak seperti photographer yang hebat di luar sana. Oleh kerana minat pada kemera dan simpanan gambar-gambar banyak di dalam pc, maka langkah terbaik penulis muatkan di dalam blog. Setidak-tidaknya boleh dijadikan satu koleksi kenangan dan menjadi tatapan kepada semua.


Moga ada sinar kebahagian di penghujungnya nanti.. minat dan hobi yang ada tidak disia-siakan begitu sahaja. Moga anugerah yang diberikan Allah tidak terhendi setakat ini..


Sudi-sudilah singgah di blog ini..
Salam dari Mizz Studio..