Assalamualaikum pengunjung blog ini...
Agak lama gak mizz tak menulis, almaklumlah bz sampai tak sempat nak jenguk-jenguk blog sendiri... Terbitan mizz kali ini suasana Sambutan Hari kemerdekaan Yang Ke-55 Di Peringkat Daerah Segamat.
Jalur Gemilang f/5.6, 1/200sec, Iso-200 & fl 164mm |
Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Bacaan Ikrar f/5.6, 1/200sec, Iso-200 & fl 200mm |
Jalur Gemilang Di Udara f/8, 1/500sec, Iso-100 & fl 250mm |
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan