Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari
ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam
Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti
setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban
adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan
rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Dalam perjalanan balik dari Masjid, mizz lihat cantik keindahan bulan malam itu yang diseliputi awan. Awan bergerak pelahan tidak seperti hari sebelumnya. Sesampai di rumah mizz terus capai kamera dan terus 'shoot'...
|
f/5.6, 1/250sec, iso-3200 & fl 2500mm |
|
f/5.6, 1/50sec, iso-2500 & fl 250mm |
|
f/5.6, 1/30sec, iso-3200 & fl 250mm |
|
f/5.6,1/20sec, iso-2000 & fl 250mm |
|
f/5.6, 1/13sec, iso-2500 & fl 55mm |
|
f/5.6, 1/13sec, iso-640 & fl 135mm |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan
orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula
pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
Mizz mohon pada Allah moga amalan yang mizz lakukan setahun yang lalu diterima dan diberikan ganjaranya... Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan