Isnin, 30 Julai 2012

Tunjuk Ajarku Sifu..

Salam Ramadhan...

Terbitan mizz pada kali ini, mizz sekadar memaparkan rakaman yang telah sifu mizz shoot. Emm.... cantik sekali. Untuk mendapatkan shoot gambar seperti iimemerlukan kesabaran dan perlu berada pada kedudukan yang tepat.

Almaklumlah... burung nampak sahaja jinak tetapi amat sukar untuk didekati. Untuk mengambil gambar seperti ini memerlukan peralatan menembak yang tepat ke sasaran... Mizz rasa sifu mizz ne guna lens Tamron 70-300mm. Tengoklah hasilnya.... burung kelicap yang menarik perhatian bila melihatnya...




Gaya macam nak membakar je sifu mizz ne... sabo jelah... ada rezeki nanti mizz sambarlah Tamron 70-300mm, kalau tak pun up sikit 100-400mm ke... hehehe... insyallah..


 

Oooo infnya mizz tak dapat nak tuliskan bab gambar pada sifu, mizz hanya dapat gambar ini melalu wall fb yang di tag pada mizz..

Jumaat, 27 Julai 2012

Anak Bulan

Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalender lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalender Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan genap.

Anak bulan ini mizz shoot pada malam ke-6 ramadhan selepas balik daripada solat tarawih. Pada malam-malam sebelumnya mizz berkesempat untuk merakam anak bulan ini tetapi.... tidak menjadi. Bukan gambarnya tak jadi... cuma kurang ummmm. Anak bulan diliputi oleh awan di sekelilingnya...

Bak kata sifu mizz, kita jangan mudah mengalah... cuba dan terus mencuba... maka inilah hasilnya...
cantik tak....

f 6.3, 1/320sec, iso-2000 & fl 250mm

Alhamdulilah... dalam diam tak diam kita dan berpuasa 7 hari pada hari ini... jap lagi nak hari raya...


Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Berpuasa..

Hari ini 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1424H, mizz ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca blog ni khasnya, dan semua umat Islam di seluruh dunia amnya..
Moga di bulan yang mulia ini, kita dapat tingkatkan amalan dan jauhi segala larangan... Semoga anda dan keluarga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat berkat daripadaNya..
Mizz tahu semuanya sedang keletihan, kelaparan dan sebagainya..... itulah dugaan berpuasa namanya.... sebelum Allah swt kurniakan ganjaran yang berlipat ganda jika kita banyak melakukan amalan dan kebajikkan di bulan Ramadhan ini... ayuh kawan-kawan kita rebut peluang ini...



Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita 1,000 kerahmatan dan 1,000 keberkatan.... Amin...

Selasa, 17 Julai 2012

Kucing..

Kucing biasanya haiwan yang jinak dan sering menjadi haiwan belaan setiap rumah. Ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit bagi mendapatkan kucing Siam. Kucing Siam memang comel dan cantik.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

f/5.6, 1/125sec, iso-100 fl 250mm

f/6.3, i/320 sec, iso-800 & fl 250mm
Tapi jangan coba-coba cari kucing Siam yang kepala hitam tau... merbahaya!!!


Sabtu, 14 Julai 2012

Hujan Yang Turun..

Seminggu gak mizz tak buat terbitan, almaklumlah.... bz dengan tugas harian yang tidak memungkinkan mizz nak pegang kamera. hehehe... mood hilang...

Terbitan mizz kali ini bertajuk hujan yang turun... hahaha... bila hujan turun x de aktiviti yang dapat dilakukan diluar rumah. Dok memerap jelah jawapnya...

Teknik mengambil gambar hujan ini memerlukan kemahiran yang tinggi... susah gak kalau ilmu didada masih seinci.. namun mizz cuba juga ambil gambar untuk tatapan dan komen dari kengkawan, agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

 
f/5.6, 1/200 sec, iso 400 & fl 250mm

f/5.6, 1/250sec, iso 400 & fl 154mm

f/6.3, 1/320sec, iso 400 & fl 2500mm
Walaupun tak berapa cantik... namun ada juga aktiviti untuk menguji kemahiran untuk merakan hujan.. hehehe...

Isnin, 9 Julai 2012

Burung Raja Udang

Burung Raja Udang.... burung nie mempunyai pelepah yang lebat dan cantik warnanya. hebat.. burung nie cukup susah nak datang dekat.. baru selangkah dah terbang... pehhh payah sungguh nak shoot gambar burung nie.

Lebih seminggu jugalah mizz tunggu kehadirannya... setelah kemunculanya pertamanya pada hujung minggu lepas. Mungkin dah rezeki.... masa tu tengah bersiap-siap nak pergi kerja, mizz terdengar kicauanya. Bila buka jendela.... miz nampak burung ini bertengek di atas wire letrik depan umah.  Apa lagi capai kamera dan terus membedil..... 

Daripada sepuluh peluru yang ditaburkan hanya dua saje yang dapat mizz kongsikan... hehehe... payahhhhh......

f/6.3, 1/250 sec, iso-250 & fl 250mm

f/6.3, 1/250 sec, iso-250 & fl 250mm

Walaubagaimana pun mizz rasa bersyukur kepada Allah swt atas restunya dapat juga mizz rakamkan gambar burung nie. Setidak-tidaknya leh tunjuk pada sifu mizz yang mizz dapat juga shoot burung raja udang... :)

Ahad, 8 Julai 2012

Pokok dan Bunga..

Terbitan kali ni mizz hanya dapat memaparkan gambar pokok dan bunga yang mizz rakamkan. Mizz sendiri tak tahu apakah nama pokok ini. Pokok ini tumbuh melata di kawasan kebun di belakang rumah mizz..

Jika ada pengunjung blog ini yang tahu apakan nama pokok ini bolehlah tinggalkan komen ye... Terima kasih atas kerjasama anda semua..

f/5.6, 1/500sec, iso-400 & fl 135mm

Bunga di bawan ini kata otang bunga 'tahi ayam' emm... kenapa leh jadi macam tu ye namanya. Bila pandang cantik juga bunganya... mungkin kerana kadang-kadang bunganya cantik dan kadang-kadang bunganya tidak cantik kot... hehehe.. apa-apa jelah...


f/5.6, 1/100sec, iso-250 & fl 67mm
Semoga terbitan mizz kali ini dapat juga menggembirakan pengunjung setia Mizz Studio....


Sabtu, 7 Julai 2012

Burung Berkicauan..

Waktu menunjukan jam 12.30 tengahari tak ada apa nak buat duduk di anjung rumah sambil membelek-belek fb menerusi hp. Telinga ne asyik terdengar bunyi kicauan burung dari kebun getah di belakang rumah mizz... tanpa melengahkan masa gelah merayau-rayau dimana burung ini hinggap ye...

Akhirnya setelah menunggu hampir lima belas minit satu demi satu dapat aksi burung dapat mizz rakamkan... ada yang memadu kasih dan ada yang sedang mencari makan agaknya....

f/6.3, 1/400sec, iso-800 & fl 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-640 & fl250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-640 & 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-320 & fl 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-800 & fl 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-800 & fl 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-640 & fl 250mm
f/6.3, 1/400sec, iso-320 & fl 250mm

Dengan terbitan ini moga sifu mizz rasa suka kerana lens yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.. terima kasih sifu.... Ard Istudio...

Jumaat, 6 Julai 2012

Tupai Melompat..

Tupai sebenarnya pelbagai spesiesnya. ada yang putih-kuning, ada yang Comot.. hehehe tapi bab yang comot tu yang paling kelakar sekali....( ada nostalgia). Tupai ini kebiasanya alam hidupnya di atas pokok. Sehinggalah ada pepatah Melayu menyebut 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'.

Baik-baik kawan, kadang-kadang sepandai kita ada buat silap... maka dengan itu jangan kita berbangga sangat kalau kita pandai... sebab dalam kita pandai itu ada perkara kita tidak bijak...

Terbitan mizz kali ini bukanya nak berceramah pasal tupai, cuma sekadar ingin memaparkan gambar tupai yang terbaik mizz dapat rakamkan daripada rakaman-rakaman sebelum ini... hehehe... sekali cuba belum tentu kita gagal... itu kata sifu mizz...

f/5.6, 1/125sec, iso-100 & fl 250mm

f/6.3, 1/400sec, iso-640 & fl 235mm

f/7.1, 1/250sec, iso-400 & 235mm


f/7.1, 1/250 sec, iso-400 & fl 235mm

Sepandai-pandai tupai menyorok akhirnya dapat juga gambarnya dirakam... miss puashati betul walaupun ada bahagian-bahagian gambar tak berapa sharp. Selamat mencuba...


Khamis, 5 Julai 2012

Nisfu Sya'aban..

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Dalam perjalanan balik dari Masjid, mizz lihat cantik keindahan bulan malam itu yang diseliputi awan. Awan bergerak pelahan tidak seperti hari sebelumnya. Sesampai di rumah mizz terus capai kamera dan terus 'shoot'...

f/5.6, 1/250sec, iso-3200 & fl 2500mm

f/5.6, 1/50sec, iso-2500 & fl 250mm

f/5.6, 1/30sec, iso-3200 & fl 250mm

f/5.6,1/20sec, iso-2000 & fl 250mm

f/5.6, 1/13sec, iso-2500 & fl 55mm

f/5.6, 1/13sec, iso-640 & fl 135mm

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
Mizz mohon pada Allah moga amalan yang mizz lakukan setahun yang lalu diterima dan diberikan ganjaranya... Amin..

Selasa, 3 Julai 2012

Mata oh Mata..

Mata adalah organ penglihatan yang mendeteksi cahaya. Yang dilakukan mata yang paling sederhana tak lain hanya mengetahui apakah lingkugan sekitarnya adalah terang atau gelap. mata yang lebih kompleks dipergunakan untuk memberikan pengertian visul.

Mata tidak pernah untuk menipu dengan apa yang dilihatnya...

f/0, 1/50sec, iso-6400 & fl 50mm

f/5, 1/60sec, iso-6400 & fl 50mm

Inilah kehebatan mata ciptaan Allah swt, sangat berharga... haruslah kita mansyukuri kurniaan Allah ini....

Isnin, 2 Julai 2012

Pepatung oh pepatung..

Kalau terbitan sebelum ini mizz tuliskan pasal rama-rama, kali ini mizz nak cerita pasal pepatung pulak. Kalau rama-rama masuk rumah tandanya ada tetamu nak datang. Bagaimana pula dengan kisah pepatung pulak?..

Orang tua-tua cakap, kalau pepatung masuk dan hinggap dalam rumah, membawa petanda kemurahan rezeki pada tuan rumah itu. So kalau ada pepatung masuk dalam rumah lepas ini jangan pula dibunuh pepatung tersebut...

f/5.6, 1/800sec, iso-400 & fl250mm

f/5.6, 1/600sec, iso-400 & fl 250mm

f/5.6, 1/500, iso-400 & fl 250mm

Pepatung yang mizz rakamkan ini bukanya pepatung yang masuk dalam rumah, tetapi pepatung yang mencari makan di kebun getah belakang rumah mizz... moga dimurahkan rezeki buat pemilih kebun ini.. amin...

Ahad, 1 Julai 2012

Rama-rama..

Terbitan kali ini mizz nak tunjukan gambar rama-rama atau orang kampong panggil kupu-kupu yang dapat mizz rakamkan. Bukan main susahnya nak shoot rama-rama ne. Berpeluh jugaklah nak tunggu dia hinggap.

Pernah dulu orang tua kata kalau rama-rama masuk dalam rumah itu tandanya ada sesorang akan berkunjung ke rumah kita. Kadang-kadang ianya ada kebetulanya... Itu adalah kepercayaan orang lama-lama...

Tetapi gambar yang mizz rakamkan tidak ada kene mengena dengan cerita itu...

 
f/6.3, 1/320 sec, iso-1000 & fl 208mm

f/5.6, 1/160 sec, iso-400 & fl 250mm


f/6.3, 1/320sec, iso-1000 & fl 250mm

f/6.3, 1/320sec, iso-1250 & fl 250mm

Jinak-jinak burung merpati boleh juga diibaratkan kepada rama-rama ini, bila dekat je dia terbang maka terpaksalah shoot dari jarak yang jauh... walaupun hasil tak seberapa bagi otai-otai... tapi bagi mizz adalah satu kejayaan yang boleh juga dibanggakan sebagai baby baru dalam photograper..