Rabu, 20 Jun 2012

Kebun Bunga.

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia. 
Sebagai tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya...

f/6.3, 1/200sec, iso-100 & fl 85mm

f/5, 1/160sec, iso-160 & fl 96mm
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga²an atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

f/5.6, 1/250sec, iso-400 & fl 171mm

f/5.6, 1/320sec, iso-125 &fl 171mm
Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
  • Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
  • Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh²an segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga² tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
  • Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
  • Menempatkan tanaman atau bunga²an di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan