Rabu, 27 Jun 2012

Rupamu Burung..


Burung Tekukur adalah sejenis burung merpati yang tergolong dalam famili Columbidee. Mizz shoot gambar burung masa mizz dalam tugasan di Daerah Kulai bersama sifu mizz..

Bermanja-manja
f/6.3, 1/400 sec, iso-250 & fl 250mm

ada orang tengolah..
f/6.3, 1/320 sec, iso-250 & fl 250mm

seperti terpenjara
f/6.3, 1/400 sec, iso-3200 & fl 250mm
kata sifu mizz, nak ambil gambar burung ataupun binatang kena minta izin, kalau tidak... belum sempat nak taget dah terbang burung tu.. hehehe

Selamat mencuba....

Rabu, 20 Jun 2012

Kebun Bunga.

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia. 
Sebagai tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya...

f/6.3, 1/200sec, iso-100 & fl 85mm

f/5, 1/160sec, iso-160 & fl 96mm
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga²an atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

f/5.6, 1/250sec, iso-400 & fl 171mm

f/5.6, 1/320sec, iso-125 &fl 171mm
Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
  • Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
  • Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh²an segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga² tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
  • Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
  • Menempatkan tanaman atau bunga²an di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

Ahad, 17 Jun 2012

Gambar Candid.

Salam sejahtera pada semua pengunjung blog Mizz Studio. Gambar candid sesuatu rakaman gambar yang dirakam secara sepontan. tak payah nak sebut "senyuuuummmm. 1, 2, 3 click!"

Ada setengah orang sangat suka gambar mereka dicandid. setengah orang lagi tak suka gambar mereka dicandid. Kali ini mizz rakamkan gambar pergerakan jari jemari dalam melakukan pergerakan atau aktiviti...
f/5.6, 1/200sec, iso-6400 & fl 214mm

f/5.6, 1/160, iso-6400 & fl 214mm

f/6.3, 1/400sec, iso-6400 & fl 250mm

f/5.6, 1/30sec, iso-6400 & fl 2500
jika tuan punya jari ini tahu bahawa aksi jarinya dirakam sudah tentunya akan tersenyum malu... hehehe...

Jumaat, 15 Jun 2012

Matahari Merah

ALLAH berfirman yang bermaksud:

'' Dan ALLAH menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita" ( Nuh:17)

ALLAH menciptakan ini untuk kepentingan manusia, namun hanya ALLAH yang mengetahui segala ragam dah hakikatnya. Kita dapat menikmati indahnya suasana ketika matahari mulai terbit dan tenggelam.Dari terang menjadi gelap. Di siang hari manusia bertebaran dimuka bumi ini dengan aktiviti masing- masing.

Gambar ini dirakam semasa mizz dalam perjalanan pergi dan pulang dari Batu Pahat. Bila kamera sudah disebelah apa lagi....

masa: 7.11am
f/6.3, 1/320 sec, iso-100 & fl 135mm

masa : 4.36 pm
f/11, 1/640 sec, iso-100 & fl 55mm

masa : 6.55 pm
f/5.6, 1/200 sec, iso-160 & fl 154mm

masa : 7.05 pm
f/6.3, 1/320 sec, iso-400 & fl 235mm
Matahari berwarna merah sejak dari awal pagi hinggalah waktu senja, ini adalah disebabkan matahari diliputi jerebu. Berpunca pembakaran terbuka yang berlaku di Riau dan Sumatera, Indonesia. Walaupun jauh jaraknya kesannya tetap ada...

Rabu, 13 Jun 2012

Photo Macro Mini Zoo.

Kebiasaannya sudut sains dihiasi indah dengan bunga-bungaan pelbagai warna sebaliknya sekolah ini menjanjikan kelainan dalam menghiasi sudut sains. Kaedah yang digunakan seperti sebuah zoo. Mizz apa lagi bila melihat susunan yang menanrik disamping warna yang cantik tanpa lengah lagi terus capai 60D.

Inilah hasilnya...

f/4, 1/40sec, iso-250 & focal length 24mm

f/4, 1/30sec, iso-3200 & focal length 24mm

f/5.6, 1/250sec, iso-3200 & focal length 24mm
miskipun ianya susunan haiwan plastik tetapi telah memberikan satu gabungan warna dan kedudukan yang menarik.. seolah seperti sebuah mini zoo...

Ahad, 10 Jun 2012

Photo Macro.


Assalamualaikum semua... kali ini mizz nak berkongsi koleksi gambar- gambar macro yang telah mizz rakamkam. Rakaman macro kali ini bertemakan makanan... supaya mereka yang melihatnya akan terliur.. hehehe.. Disamping jenis makananya berbeza lokasi ianya dirakam juga berbeza. Selamat mengomen ye.....


nasi jagung
f/0, 1/30sec, iso-6400 & focal length 50mm

ais cincau
f/0, 1/30sec, iso-6400 & focal length 50mm


apam
f/0, 1/60sec, iso-6400 & focal length 50mm

 
kek oren
f/0, 1/60sec, iso-6400 & focal length 50mm

bingka
f/0, 1/60sec, iso-6400 & focal length 50mm

donat
f/0, 1/50sec, iso-6400 & focal length 50mm

apa macam menyelerakan tak... mizz nak cerita bukan pasal sedapnya makanan itu tetapi objek yang kecil dapat dirakam menjadi besar dan jelas... oklah selamat mencuba..

Jumaat, 8 Jun 2012

Api Dan Cahaya.

Menurut Ibnu Kasir’As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.

Dengan demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.

Selain itu, berdasarkan pendapat Ibnu kasir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.

f/5.6, 1/60sec, iso-320 & focal length 106mm

f/5, 1/60sec, isi-6400 & focal length 44mm

f/5.6, 1/200sec, iso-2500 & focal length 135mm

f/5.6, 1/125sec, iso-160 & focal length 92mm

f/0, 1/60sec, iso-200 & focal length 50mm

f/0, 1/60sec iso-6400 & focal length 50mm
Ada api ada cahaya, taman ceria sepanjang masa...itulah realitinya unsur api dan cahaya yang mempunyai peranannya tersendiri kepada manusia. Pernah orang berkata 'api jangan dibuat main, buruk padahnya'...

Rabu, 6 Jun 2012

Hari Keluarga Hajah Saliam.

Terbitan kali ini mizz paparkan gambar-gambar sekitar perjumpaan hari keluarga yang diadakan di perkarangan rumah mizz. Rasa gementar pun ada masa nak merakamkan gambar masa majlis tersebut, bimbang rakaman tak cantik atau sebaliknya. Almaklumlah.... bukan pro sangat jauh sekali mengikut kelas-kelas photographer...
Majlis yang julung kali diadakan

Dif yang diraikan Hajah Juriah, Hajah Suminah, Puan Bariah & Puan Disah

Keluarga Hajah Suminah Binti Daud.

Ahli waris Hajah Saliam yang berkempatan untuk hadir.
 
Inilah hasil gambar yang mizz rakamkan.. mungkin ada kelemahan dari segi membuat penyusunan. nak buat macamana semuanya sudah tidak sabar nak bergambar lebih-lebih lagi mereka nak pulang awal ke destinasi masing...
Tahniah semua kerana memberikan kerjasama yang terbaik...

Jumaat, 1 Jun 2012

Belajar Photo Macro.

Terbitan mizz kali ini, mizz nak tunjukkan yang dirakamkan dengan kaedah Macro. Macro tu apa?.. Microwave Oven ke?... hehehe...
Macro dengan erti kata lain merakamkan objek kecil agar menjadi lebih besar secara detail. Untuk merakamkan gambar ini mizz hanya menggunakan 'Macro Extension Tube' sahaja, almaklumlah masih belum berewang untuk beli 'Macro lens'. Budak baru belajar camtulah... terima kasih bro kerana bagi pinjam.. hahaha...

Berikut adalah beberapa Foto Macro yang dirakamkan dalam sesi pembelajaran...

Ini dia yang dinamakan 'Macro Extension Tube'

Asam bergula
f/0. 1/15 sec, iso-6400 & focal length 50mm

f/0, 1/60sec, iso-5000 & focal length 50mm

Kuih apam
f/0, 1/60sec, iso-6400 & focal length 50mm

Butang baju
f/0, 1/60sec, iso-6400 & focal length 50mm
Merakam gambar menggunakan 'Macro Extension Tube' kena guna manual focus, mengeletar jugak tangan. Alon-alon janji kelakon... hehehe