Isnin, 3 September 2012

Sambutan Kemerdekaan Ke-55


 Assalamualaikum pengunjung blog ini...
 
Agak lama gak mizz tak menulis, almaklumlah bz sampai tak sempat nak jenguk-jenguk blog sendiri... Terbitan mizz kali ini suasana Sambutan Hari kemerdekaan Yang Ke-55 Di Peringkat Daerah Segamat.
 
Jalur Gemilang
f/5.6, 1/200sec, Iso-200 & fl 164mm
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
 





Bacaan Ikrar
f/5.6, 1/200sec, Iso-200 & fl 200mm

Jalur Gemilang Di Udara
f/8, 1/500sec, Iso-100 & fl 250mm

 
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
 

Khamis, 9 Ogos 2012

Ramadhan & Syawal

Buat hiburan rakan pengunjung blog ini... dalam kita menjalani ibadat puasa yang telah masuk fasa ketiga ini,  saat itu hati kemeriahan hari raya sudah tergambar dihadapan kita. mizz rasa lagu ini sesuai untuk suasana ketika ini...



Ramadhan ku Nantikan Ramadhan
Kemuliaan Ramadhan
Yang Turunnya Al-Quran
Bulanku... Ramadhan...

Ramadhan Pelepasan Seksaan
Ibadah Berpuasa Ujian Kesabaran
Ganjaran Ramadhan

Bulan Seribu Bulan
Hanyalah Sebulan
Siang Malam Keberkatan

Akhirnya Ramadhan, Syawal Pun Menjelang
Tasbih Tahmid Berkumandang

Bergema Takbir di Satu Syawal
Bergema Suatu Lambang
Kekuatan Amalan
Kemenangan... Kemenangan...

Yang Keruh Bersama Dijernihkan
Yang Jauh Didekatkan
Yang Hitam Diputihkan
Bersalam... Salaman...

Bermaaf Maafan
Jadikan Amalan
Tulus Ikhlas Berzaman
Syawal Menyaksikan
Amalan Ramadhan
Apa terus berkesan

Jangan lupa pada yang tiada
Di sisi kita
Manakan tahu esok lusa
Kita bersama

Khamis, 2 Ogos 2012

Bulan Mengambang...

Malam semalam bermulanya bulan penuh ( bulan mengambang ) berlaku. Rasa-rasanya ramai photographer akan sibuk mencari lokasi untuk merakamkan bulan penuh ne. Ia tidak terkecuali daripada mizz gak.

Malam semalam, bulan cukup terang cahayanya, mujurlah awan tidak menyelubingi bulan malam tadi. Mungkin ada kengkawan yang berada di kawasan berjerubu tak dapat agaknya nak shoot. Tak mengapelah. bukan rezeki agaknya.. hehehe  kita kongsi bersama untuk melihat bulan purnama ini...

f/11, 1/125sec, iso-100 & fl 250mm

Mizz tak payah susah-susah sangat nak pergi tempat tinggi untuk merakan bulan mengambang ne. Hanya dianjung rumah je, guna handle lagi... tripot lum beli.. hehehe.. Alhamdulillah berkat tangan baik-baik tak bergegar pulak... :)
 
Mizz shoot bulan mengambang ni pas solat maghrib sekitar jam 8.13 cam tulah...
 
Malam ne bulan masih penuh lagi sehingga 4hb jangkaanya...